Skip to main content

Bersihkan Saluran Darah Pada Wajah Dengan Berbekam

Bersihkan Saluran Darah Pada Wajah Dengan Berbekam


" Sakitlah melakukan bekam pada wajah. Nanti kesan lebam susah nak hilang. "

Itu antara kata-kata yang menakutkan daripada sahabat ketika Nurul Iffah Wahid Anuar, 27, menyuarakan hasrat untuk melakukan bekam kosmetik atau wajah.

Dia ingin melakukan rawatan itu kerana tidak tahan dengan jerawat yang tumbuh pada muka.

Tambahan pula, sudah banyak produk penjagaan wajah yang dicuba, namun semuanya sia-sia.

Betul, dalam empat tahun sebelum ini, muka saya memang penuh dengan jerawat. Memang rasa malu sangat dan tidak yakin langsung mahu keluar rumah.

Jerawat tumbuh paling teruk apabila saya makan udang dan sotong dengan kerap. Sebab kulit saya jenis alergik dengan makanan laut tetapi itulah degil juga hendak makan, padan muka saya, ujarnya dalam nada geram.



Darah kotor


Tambah wanita yang berasal dari Temerloh, Pahang itu, dia perlu melakukan rawatan bekam pada wajah kerana tidak mahu berhabis wang membeli pencuci muka dan suplemen, namun tidak mendatangkan apa-apa hasil.

➦ Bersihkan Saluran Darah Pada Wajah Dengan BerbekamLangkah pertama yang perlu diamalkan sebelum mengambil makanan tambahan adalah mencuci darah kotor pada muka terlebih dahulu.

➦ Selepas melakukan rawatan itu, barulah kesan makanan suplemen tersebut akan menampakkan hasil dengan cepat.

➦ Kalau tidak buang toksin, makan suplemen dan cuba produk kecantikan 10 lori pun tidak ada kesan.

➦ Lagi banyak darah kotor dekat muka, lagi banyak jerawat tumbuh.


Sejak itu, dia mendapat kekuatan untuk melakukan bekam pada wajah.


Walaupun ia merupakan kali kedua Nurul Iffah mendapatkan perkhidmatan bekam wajah, dia tidak kisah asalkan kulitnya dapat dibersihkan.


➦ Sebenarnya, rawatan bekam ini tidak ramai yang mahu lakukan kerana akan meninggalkan kesan parut berminggu-minggu mengikut kondisi kesihatan individu itu.

➦ Namun, dengan melakukan bekam, ia dapat melancarkan peredaran darah, membuang darah kotor, menyelesaikan masalah migrain, resdung, dan sakit kepala.





➦ Jarum dicucuk sebanyak lima hingga enam kali bagi mengeluarkan darah. Usai cucuk, gelas bekam tadi akan diletakkan semula pada kawasan yang ditanda. Darah kotor akan mula memenuhi gelas itu.

➦ Kalau darah warna hitam pekat, itu maknanya banyak toksin yang tersimpan lama dalam kulit wajah. Tukang bekam akan lap darah itu serta-merta.

➦ Lepas itu ulang lagi teknik cucuk sampai darah kotor habis dikeluarkan.

➦ Akhir sekali sapu antiseptik pada tempat bekam untuk mengelakkan jangkitan kuman.

➦ Kemudian bilas dengan air suam kerana selepas itu, pelanggan akan dipakaikan masker sebagai detoks selama 20 minit.


Disarankan, jika mengalami jerawat kronik, lakukan bekam dalam seminggu sekali. Kesannya memang cepat nampak dan jerawat kurang tumbuh malah, parut juga cepat pudar. Kebiasaannya, kesan lebam itu akan hilang dalam masa tiga hari.

Lazimnya, saya akan sarankan kepada pelanggan, balik rumah cepat-cepat letak ais batu pada tempat lebam. Buat selalu sampai kesan lebam hilang.

Bila jerawat makin kurang, makan suplemen dan pakai produk kecantikan apa pun, memang bagus kesannya sebab saluran darah sudah bersih.

Jadi, lagi senang kulit hendak serap manfaat itu.


Lebam Pada Wajah


Cara terbaik ialah menggunakan pencuci muka jenis organik.

➦ Selepas itu, sapu antiseptik untuk mematikan kuman. Kemudian gelas kecil akan diletakkan pada kawasan yang ingin di bekam untuk dibuat tanda terlebih dahulu.

➦ Selepas ada tanda, gelas kecil akan dicabut bagai memudahkan tukang bekam mencucuk jaram berbentuk pen pada kulit.

Comments

Popular posts from this blog

Servis Bekam Kuala Krai

- SERVIS BEKAM KUALA KRAI 15 Cup + FREE 2 Cup = RM 50 -  014-8002900 / 014-8002900 / 014-800900 Bekam Sunnah Rawat & Cegah Pelbagai Penyakit Kronik Dengan IzinNYA. . "..Sebaik-Baik Perubatan Adalah BERBEKAM.." . TERAPI BEKAM : Pembersihan darah atau angin dengan cara mengeluarkan sisa darah bertoksik atau angin dalam badan. Ianya dilakukan secara sedutan dikulit dengan pelbagai alat seperti tanduk kerbau, gading gajah, batang buluh, gelas & alat vakum bekam.   KELEBIHAN BEKAM SUNNAH   Buang darah kotor bertoksid dalam badan yang menjadi punca pelbagai penyakit kronik.   Perbaiki saluran & aliran pembuluh darah.   Atasi masalah tekanan darah & kolestrol dalam darah.   Buang angin dalam badan.   Melancarkan sistem pernafasan & perkumuhan.   Pulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang & urat sendi di kaki.   Cegah kebas bahagian badan terutamanya di kaki & tangan.   Kurangkan risiko serangan angin

Kebaikan Bekam Muka

Kebaikan Bekam Muka SAKIT kepala atau migrain, situasi yang mungkin berpunca daripada faktor pemakanan, keturunan atau gaya hidup, yang muncul sekali-sekala dan jarang berlarutan pada jangka masa yang lama. Begitupun, sakit kepala yang berlarutan tidak boleh dibiarkan begitu sahaja kerana ada kalanya ia boleh memudaratkan diri dan menjadi lebih teruk. Selain pengambilan ubat tahan sakit, pil serta minyak angin, ramai yang tidak mengetahui dengan melakukan bekam mampu mengurangkan sakit kepala secara beransur-ansur. Bekam yang lazimnya dilakukan di bahagian belakang badan untuk mengeluarkan darah kotor secara tidak langsung adalah bertujuan untuk melancarkan peredaran darah di dalam badan dan begitu juga dengan bekam yang dilakukan di kepala. Namun begitu, cara bekam yang dilakukan untuk mengurangkan sakit kepala selain di bahagian kepala adalah di bahagian muka. Bekam Di Lakukan Di Kawasan Muka Seperti yang diketahui, kaedah bekam badan sahaja akan meninggalkan kes