Skip to main content

Bekam Popular Gara-Gara Michael Phelps

Bekam Popular Gara-Gara Michael Phelps


Rawatan bekam tiba-tiba mendapat perhatian seluruh dunia gara-gara tubuh legenda renang Amerika Syarikat (AS), Michael Phelps didapati dihiasi tanda-tanda bulat.




Mengapa atlet-atlet terkemuka dunia ini sanggup dilihat seperti telah ditembak dengan senapang paintball?


Kulit Phelps dipenuhi dengan polka dot berwarna merah lebam, begitu juga dengan tubuh rakan senegaranya Alex Naddour yang merupakan seorang gimnas.

Atlet-atlet itu adalah di antara pengguna rawatan purba yang popular di Asia.

Teknik ini telah digunakan selama beribu tahun, tetapi mendapat perhatian dunia terutamanya di Barat pada 2004, apabila aktres AS Gwyneth Paltrow menghadiri tayangan perdana sebuah filem dengan tubuhnya mempunyai tanda-tanda bulat merah.

Selebriti lain kemudian mengikut jejaknya, dengan Victoria Beckham dan Jennifer Aniston adalah di antara yang turut berbekam.

Tetapi Olimpik Rio menunjukkan kepada kita bahawa atlet juga telah memilih untuk mendapatkan rawatan alternatif dalam percubaan untuk meningkatkan prestasi mereka.

Menurut Naddour, dia mendapati rawatan itu “menyebabkan kelegaan daripada kesakitan dan rasa berdebar ketika beraksi”.

Dia memberitahu USA Today: “Itulah rahsia saya selama setahun ini yang mengekalkan saya sihat. Rawatan ini lebih bagus daripada sejumlah wang yang saya belanjakan ke atas kaedah rawatan lain.

“Rawatan ini telah melegakan saya daripada banyak kesakitan.”

Seperti mana dia menguasai kolam renang, Phelps menguasai tajuk berita di seluruh dunia. Bukan hanya kerana kecemerlangannya menjadi tumpuan, tetapi juga tanda-tanda selepas berbekam yang terdapat di tubuhnya dalam Olimpik kali ini.

“Saya melakukannya sebelum pertandingan... hampir setiap kali saya akan menyertai pertandingan.

“Jadi saya meminta dibekam sedikit kerana saya berasa sakit dan jurulatih telah melakukannya agak kuat sehingga meninggalkan beberapa tanda lebam,” kata Phelps kepada wartawan awal minggu ini.

Bercakap kepada akhbar Independent, Dr. Ayaaz Farhat, yang merupakan pengarah bersama di London Cupping Clinic berkata: “Penggunaan terapi bekam dalam kalangan atlet telah meningkat sejak sedekad lalu. Wang Qun, yang ketika itu merupakan perenang remaja China, adalah antara yang paling menonjol ketika Olimpik Beijing (2008). Sejak itu, Floyd Mayweather, Andy Murray, Amir Khan dan kebelakangan ini ramai atlet di Rio dilihat mempunyai tanda dibekam.” – AGENSI

Comments

Popular posts from this blog

Bersihkan Saluran Darah Pada Wajah Dengan Berbekam

Bersihkan Saluran Darah Pada Wajah Dengan Berbekam " Sakitlah melakukan bekam pada wajah. Nanti kesan lebam susah nak hilang. " Itu antara kata-kata yang menakutkan daripada sahabat ketika Nurul Iffah Wahid Anuar, 27, menyuarakan hasrat untuk melakukan bekam kosmetik atau wajah. Dia ingin melakukan rawatan itu kerana tidak tahan dengan jerawat yang tumbuh pada muka. Tambahan pula, sudah banyak produk penjagaan wajah yang dicuba, namun semuanya sia-sia. Betul, dalam empat tahun sebelum ini, muka saya memang penuh dengan jerawat. Memang rasa malu sangat dan tidak yakin langsung mahu keluar rumah. Jerawat tumbuh paling teruk apabila saya makan udang dan sotong dengan kerap. Sebab kulit saya jenis alergik dengan makanan laut tetapi itulah degil juga hendak makan, padan muka saya, ujarnya dalam nada geram. Darah kotor Tambah wanita yang berasal dari Temerloh, Pahang itu, dia perlu melakukan rawatan bekam pada wajah kerana tidak mahu berhabis wang membeli pencu

Servis Bekam Kuala Krai

- SERVIS BEKAM KUALA KRAI 15 Cup + FREE 2 Cup = RM 50 -  014-8002900 / 014-8002900 / 014-800900 Bekam Sunnah Rawat & Cegah Pelbagai Penyakit Kronik Dengan IzinNYA. . "..Sebaik-Baik Perubatan Adalah BERBEKAM.." . TERAPI BEKAM : Pembersihan darah atau angin dengan cara mengeluarkan sisa darah bertoksik atau angin dalam badan. Ianya dilakukan secara sedutan dikulit dengan pelbagai alat seperti tanduk kerbau, gading gajah, batang buluh, gelas & alat vakum bekam.   KELEBIHAN BEKAM SUNNAH   Buang darah kotor bertoksid dalam badan yang menjadi punca pelbagai penyakit kronik.   Perbaiki saluran & aliran pembuluh darah.   Atasi masalah tekanan darah & kolestrol dalam darah.   Buang angin dalam badan.   Melancarkan sistem pernafasan & perkumuhan.   Pulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang & urat sendi di kaki.   Cegah kebas bahagian badan terutamanya di kaki & tangan.   Kurangkan risiko serangan angin

Kebaikan Bekam Muka

Kebaikan Bekam Muka SAKIT kepala atau migrain, situasi yang mungkin berpunca daripada faktor pemakanan, keturunan atau gaya hidup, yang muncul sekali-sekala dan jarang berlarutan pada jangka masa yang lama. Begitupun, sakit kepala yang berlarutan tidak boleh dibiarkan begitu sahaja kerana ada kalanya ia boleh memudaratkan diri dan menjadi lebih teruk. Selain pengambilan ubat tahan sakit, pil serta minyak angin, ramai yang tidak mengetahui dengan melakukan bekam mampu mengurangkan sakit kepala secara beransur-ansur. Bekam yang lazimnya dilakukan di bahagian belakang badan untuk mengeluarkan darah kotor secara tidak langsung adalah bertujuan untuk melancarkan peredaran darah di dalam badan dan begitu juga dengan bekam yang dilakukan di kepala. Namun begitu, cara bekam yang dilakukan untuk mengurangkan sakit kepala selain di bahagian kepala adalah di bahagian muka. Bekam Di Lakukan Di Kawasan Muka Seperti yang diketahui, kaedah bekam badan sahaja akan meninggalkan kes