Skip to main content

Bekam Wajah Naikkan Seri

Bekam Wajah Naikkan Seri


BERBEKAM merupakan proses membuang darah kotor atau dipanggil detoksifikasi (pengeluaran toksin) dari dalam tubuh melalui permukaan kulit.

Tetapi jarang kita mendengar tentang rawatan bekam wajah. Pelbagai persoalan bermain di fikiran apabila bercakap mengenainya.



➜ Sebenarnya rawatan bekam tidak begitu popular tetapi bagus untuk mereka yang mempunyai masalah migrain, resdung, sakit kepala, kulit kusam dan jerawat.

➜ Keunikan bekam wajah ini ialah ia dihala terus ke bahagian muka yang mempunyai darah kotor,� ujarnya.

Tambahnya, pelanggan tidak perlu risau akan kesan parut pada wajah selepas proses pengeluaran darah kotor kerana ia akan hilang dalam masa dua atau tiga hari selepas itu.

➜ Sebelum melakukan proses bekam, pelanggan terlebih dulu akan melalui sesi urutan pada bahagian leher dan bahu serta rawatan muka menggunakan minyak zaitun atau kelapa dara bagi melancarkan peredaran darah.

➜ Toksin selalunya akan berkumpul di hujung kulit dan urutan itu bertujuan memudahkan toksin atau darah kotor dikeluarkan melalui proses bekam angin atau bekam darah.

➜ Jumlah gelas bekam yang digunakan di beberapa bahagian muka seperti dagu, dahi dan pipi bergantung kepada keadaan fizikal dan tahap kesihatan pelanggan.

➜ Mengakhiri proses bekam wajah menggunakan minyak gamat bagi mempercepatkan proses penyembuhan luka.


Penyembuhan Bekas Sedutan Bekam


Rawatan bekam wajah biasanya dilakukan dalam tempoh singkat iaitu 30 minit. Seelok-eloknya dilakukan sebulan sekali atau dua minggu sekali bagi mendapatkan kesan lebih ketara.

➜ Selain bagus untuk kesihatan, bekam wajah juga dapat membantu menaikkan seri wajah terutamanya pada bakal pengantin.

➜ Ada juga pelanggan yang mempunyai masalah jerawat yang teruk mencuba rawatan bekam wajah ini dan alhamdulillah masalah jerawatnya berkurangan sebanyak 50 peratus selepas menjalani dua sesi rawatan.

➜ Kebanyakan pelanggan berpuas hati dengan kaedah ini kerana ia dapat mengurangkan masalah di muka dan kepala.



Ramai yang tidak mahu melakukan rawatan ini kerana bimbang akan kesan lebam yang ditinggalkan tetapi kesan itu biasanya hilang dalam masa 2-3 hari.


Rawatan ini ibarat penyembuh kepada masalah yang saya hadapai kerana saya tidak perlu lagi mendapatkan rawatan susulan.

' Muka saya terasa lebih ringan dan segar selepas menjalani rawatan ini, ' kata pelajar di sebuah kolej di Cheras, Kuala Lumpur ini.

Comments

Popular posts from this blog

Bersihkan Saluran Darah Pada Wajah Dengan Berbekam

Bersihkan Saluran Darah Pada Wajah Dengan Berbekam " Sakitlah melakukan bekam pada wajah. Nanti kesan lebam susah nak hilang. " Itu antara kata-kata yang menakutkan daripada sahabat ketika Nurul Iffah Wahid Anuar, 27, menyuarakan hasrat untuk melakukan bekam kosmetik atau wajah. Dia ingin melakukan rawatan itu kerana tidak tahan dengan jerawat yang tumbuh pada muka. Tambahan pula, sudah banyak produk penjagaan wajah yang dicuba, namun semuanya sia-sia. Betul, dalam empat tahun sebelum ini, muka saya memang penuh dengan jerawat. Memang rasa malu sangat dan tidak yakin langsung mahu keluar rumah. Jerawat tumbuh paling teruk apabila saya makan udang dan sotong dengan kerap. Sebab kulit saya jenis alergik dengan makanan laut tetapi itulah degil juga hendak makan, padan muka saya, ujarnya dalam nada geram. Darah kotor Tambah wanita yang berasal dari Temerloh, Pahang itu, dia perlu melakukan rawatan bekam pada wajah kerana tidak mahu berhabis wang membeli pencu

Servis Bekam Kuala Krai

- SERVIS BEKAM KUALA KRAI 15 Cup + FREE 2 Cup = RM 50 -  014-8002900 / 014-8002900 / 014-800900 Bekam Sunnah Rawat & Cegah Pelbagai Penyakit Kronik Dengan IzinNYA. . "..Sebaik-Baik Perubatan Adalah BERBEKAM.." . TERAPI BEKAM : Pembersihan darah atau angin dengan cara mengeluarkan sisa darah bertoksik atau angin dalam badan. Ianya dilakukan secara sedutan dikulit dengan pelbagai alat seperti tanduk kerbau, gading gajah, batang buluh, gelas & alat vakum bekam.   KELEBIHAN BEKAM SUNNAH   Buang darah kotor bertoksid dalam badan yang menjadi punca pelbagai penyakit kronik.   Perbaiki saluran & aliran pembuluh darah.   Atasi masalah tekanan darah & kolestrol dalam darah.   Buang angin dalam badan.   Melancarkan sistem pernafasan & perkumuhan.   Pulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang & urat sendi di kaki.   Cegah kebas bahagian badan terutamanya di kaki & tangan.   Kurangkan risiko serangan angin

Kebaikan Bekam Muka

Kebaikan Bekam Muka SAKIT kepala atau migrain, situasi yang mungkin berpunca daripada faktor pemakanan, keturunan atau gaya hidup, yang muncul sekali-sekala dan jarang berlarutan pada jangka masa yang lama. Begitupun, sakit kepala yang berlarutan tidak boleh dibiarkan begitu sahaja kerana ada kalanya ia boleh memudaratkan diri dan menjadi lebih teruk. Selain pengambilan ubat tahan sakit, pil serta minyak angin, ramai yang tidak mengetahui dengan melakukan bekam mampu mengurangkan sakit kepala secara beransur-ansur. Bekam yang lazimnya dilakukan di bahagian belakang badan untuk mengeluarkan darah kotor secara tidak langsung adalah bertujuan untuk melancarkan peredaran darah di dalam badan dan begitu juga dengan bekam yang dilakukan di kepala. Namun begitu, cara bekam yang dilakukan untuk mengurangkan sakit kepala selain di bahagian kepala adalah di bahagian muka. Bekam Di Lakukan Di Kawasan Muka Seperti yang diketahui, kaedah bekam badan sahaja akan meninggalkan kes