Skip to main content

Bahaya Bekam Tidak Bersih

Bahaya Bekam Tidak Bersih


Orang ramai yang berhasrat untuk berbekam dinasihatkan supaya lebih berhati-hati kerana peralatan seperti jarum yang digunakan dalam rawatan tersebut boleh menyebabkan pelbagai penyakit berbahaya termasuk HIV dan AIDS.

Pensyarah Jabatan Perubatan Masyarakat, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian, Prof. Dr. Ab. Aziz Al-Safi Ismail berkata, ini disebabkan tahap kebersihan peralatan yang digunakan oleh pembekam tidak diketahui, malah ada menggunakan jarum sama berulang kali.

Beliau berkata, berbekam sememangnya diakui mempunyai pelbagai kebaikan tetapi cara yang tidak bersih akan menyebabkan pelbagai penyakit tersebar.

“Kini, perkhidmatan berbekam banyak ditawarkan tetapi kita harus bijak memilih yang benar-benar mengutamakan kebersihan. Ini kerana peralatan seperti jarum, pisau atau cawan yang tidak dibersihkan setelah digunakan ke atas individu yang mengalami pelbagai penyakit akan menyebarkan kuman kepada orang lain.

“Saya berharap pengamal perubatan alternatif ini supaya bertanggungjawab dan memastikan peralatan yang digunakan benar-benar bersih supaya penyakit tidak disebarkan kepada orang lain,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Ab. Aziz mengetuai lima pakar dari universiti tersebut yang sedang menjalankan kajian secara saintifik mengenai kebaikan berbekam mengikut kaedah yang diamalkan oleh Rasulullah SAW.

Kajian itu bermula awal bulan ini dan mengambil masa selama dua tahun untuk disiapkan sepenuhnya.

Kata Ab. Aziz lagi, kajian itu melibatkan 90 individu yang akan berbekam setiap empat bulan sekali dalam tempoh tersebut.

“Mereka dibahagikan kepada tiga kumpulan. Pertama, 30 individu yang sihat; kedua (30 individu penghidap diabetes) dan ketiga (30 penghidap darah tinggi). Kita juga memilih 30 individu yang sihat tetapi tidak melakukan bekam untuk dibandingkan dengan ketiga-tiga kumpulan terbabit bagi mendapatkan keputusannya,” katanya.

Ujarnya, keputusan pertama akan diketahui pada April ini tetapi pihaknya akan terus memantau sehingga kajian yang ditaja Kementerian Pengajian Tinggi itu berakhir dalam tempoh dua tahun.

“Berbekam mempunyai banyak teknik, sebagai contoh, masyarakat Cina menggunakan kaedah akupuntur. Kali ini kita menjalankan kajian berbekam mengikut kaedah yang diamalkan oleh Rasulullah sejak lebih 1,000 tahun lalu bagi mendapatkan keputusan secara saintifik,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Bersihkan Saluran Darah Pada Wajah Dengan Berbekam

Bersihkan Saluran Darah Pada Wajah Dengan Berbekam " Sakitlah melakukan bekam pada wajah. Nanti kesan lebam susah nak hilang. " Itu antara kata-kata yang menakutkan daripada sahabat ketika Nurul Iffah Wahid Anuar, 27, menyuarakan hasrat untuk melakukan bekam kosmetik atau wajah. Dia ingin melakukan rawatan itu kerana tidak tahan dengan jerawat yang tumbuh pada muka. Tambahan pula, sudah banyak produk penjagaan wajah yang dicuba, namun semuanya sia-sia. Betul, dalam empat tahun sebelum ini, muka saya memang penuh dengan jerawat. Memang rasa malu sangat dan tidak yakin langsung mahu keluar rumah. Jerawat tumbuh paling teruk apabila saya makan udang dan sotong dengan kerap. Sebab kulit saya jenis alergik dengan makanan laut tetapi itulah degil juga hendak makan, padan muka saya, ujarnya dalam nada geram. Darah kotor Tambah wanita yang berasal dari Temerloh, Pahang itu, dia perlu melakukan rawatan bekam pada wajah kerana tidak mahu berhabis wang membeli pencu...

Bekam Popular Gara-Gara Michael Phelps

Bekam Popular Gara-Gara Michael Phelps Rawatan bekam tiba-tiba mendapat perhatian seluruh dunia gara-gara tubuh legenda renang Amerika Syarikat (AS), Michael Phelps didapati dihiasi tanda-tanda bulat. Mengapa atlet-atlet terkemuka dunia ini sanggup dilihat seperti telah ditembak dengan senapang paintball? Kulit Phelps dipenuhi dengan polka dot berwarna merah lebam, begitu juga dengan tubuh rakan senegaranya Alex Naddour yang merupakan seorang gimnas. Atlet-atlet itu adalah di antara pengguna rawatan purba yang popular di Asia. Teknik ini telah digunakan selama beribu tahun, tetapi mendapat perhatian dunia terutamanya di Barat pada 2004, apabila aktres AS Gwyneth Paltrow menghadiri tayangan perdana sebuah filem dengan tubuhnya mempunyai tanda-tanda bulat merah. Selebriti lain kemudian mengikut jejaknya, dengan Victoria Beckham dan Jennifer Aniston adalah di antara yang turut berbekam. Tetapi Olimpik Rio menunjukkan kepada kita bahawa atlet juga telah memilih untuk me...

Evolusi Bekam Alaf Baharu

Evolusi Bekam Alaf Baharu SEJAK dahulu, kaedah perubatan tradisional sering diamalkan dan menjadi antara alternatif paling penting dalam merawat dan menyembuhkan penyakit. Antara kaedah perubatan tradisional yang terkenal adalah amalan bekam atau istilah Arab dipanggil hijama. Berbekam amat popular dalam kalangan generasi terdahulu dan dilakukan untuk merawat penyakit kronik yang menyerang tubuh manusia. Dalam Islam, berbekam adalah antara teknik perubatan yang turut disarankan baginda Rasulullah. Ini dibuktikan menerusi beberapa hadis sahih yang menerangkan tentang amalan berbekam dan kebaikannya terhadap kesihatan. Di negara kita, berbekam diamalkan secara turun temurun dan diwarisi daripada satu generasi kepada generasi yang lain. Namun, kaedah ini turut berdepan perubahan ekoran pembangunan pesat dalam bidang perubatan global. Kini, pelaksanaannya adalah bercorak moden dengan melibatkan peralatan yang lebih canggih. Oleh kerana itu, amalan berbekam kini tidak ...