Skip to main content

Evolusi Bekam Alaf Baharu

Evolusi Bekam Alaf Baharu


SEJAK dahulu, kaedah perubatan tradisional sering diamalkan dan menjadi antara alternatif paling penting dalam merawat dan menyembuhkan penyakit.


Antara kaedah perubatan tradisional yang terkenal adalah amalan bekam atau istilah Arab dipanggil hijama. Berbekam amat popular dalam kalangan generasi terdahulu dan dilakukan untuk merawat penyakit kronik yang menyerang tubuh manusia.


Dalam Islam, berbekam adalah antara teknik perubatan yang turut disarankan baginda Rasulullah. Ini dibuktikan menerusi beberapa hadis sahih yang menerangkan tentang amalan berbekam dan kebaikannya terhadap kesihatan.


Di negara kita, berbekam diamalkan secara turun temurun dan diwarisi daripada satu generasi kepada generasi yang lain.


Namun, kaedah ini turut berdepan perubahan ekoran pembangunan pesat dalam bidang perubatan global. Kini, pelaksanaannya adalah bercorak moden dengan melibatkan peralatan yang lebih canggih.





Oleh kerana itu, amalan berbekam kini tidak sekadar popular di kampung-kampung yang terletak di luar bandar, malah turut diterima dengan meluas oleh penduduk di bandar-bandar besar.


Kaedah rawatan ini juga tidak asing dalam kalangan golongan muda. Ini terbukti apabila ramai individu dalam kalangan peringkat umur masih muda yang bermastautin di ibu kota turut memilih rawatan bekam sebagai rutin perubatan untuk mendapatkan tahap kesihatan optimum.


Tidak sekadar itu, pengamal atau pemberi khidmat rawatan ini juga terdiri daripada mereka yang masih muda. Walau tidak ramai, masih terdapat segelintir pihak terutamanya golongan remaja yang was-was dengan amalan berbekam. Ada yang menganggapnya sebagai kaedah yang menyakitkan.

Namun, dengan adanya peralatan moden yang diguna untuk rawatan pada masa kini, segala tanggapan dan persepsi negatif berjaya dikikis sedikit demi sedikit. Kini, permintaan bagi rawatan ini juga semakin meningkat saban hari, bukan sahaja golongan berusia, malah mereka yang masih muda turut yakin dan selesa menjalani rawatan bekam.


Comments

Popular posts from this blog

Bekam Popular Gara-Gara Michael Phelps

Bekam Popular Gara-Gara Michael Phelps Rawatan bekam tiba-tiba mendapat perhatian seluruh dunia gara-gara tubuh legenda renang Amerika Syarikat (AS), Michael Phelps didapati dihiasi tanda-tanda bulat. Mengapa atlet-atlet terkemuka dunia ini sanggup dilihat seperti telah ditembak dengan senapang paintball? Kulit Phelps dipenuhi dengan polka dot berwarna merah lebam, begitu juga dengan tubuh rakan senegaranya Alex Naddour yang merupakan seorang gimnas. Atlet-atlet itu adalah di antara pengguna rawatan purba yang popular di Asia. Teknik ini telah digunakan selama beribu tahun, tetapi mendapat perhatian dunia terutamanya di Barat pada 2004, apabila aktres AS Gwyneth Paltrow menghadiri tayangan perdana sebuah filem dengan tubuhnya mempunyai tanda-tanda bulat merah. Selebriti lain kemudian mengikut jejaknya, dengan Victoria Beckham dan Jennifer Aniston adalah di antara yang turut berbekam. Tetapi Olimpik Rio menunjukkan kepada kita bahawa atlet juga telah memilih untuk me...

Bersihkan Saluran Darah Pada Wajah Dengan Berbekam

Bersihkan Saluran Darah Pada Wajah Dengan Berbekam " Sakitlah melakukan bekam pada wajah. Nanti kesan lebam susah nak hilang. " Itu antara kata-kata yang menakutkan daripada sahabat ketika Nurul Iffah Wahid Anuar, 27, menyuarakan hasrat untuk melakukan bekam kosmetik atau wajah. Dia ingin melakukan rawatan itu kerana tidak tahan dengan jerawat yang tumbuh pada muka. Tambahan pula, sudah banyak produk penjagaan wajah yang dicuba, namun semuanya sia-sia. Betul, dalam empat tahun sebelum ini, muka saya memang penuh dengan jerawat. Memang rasa malu sangat dan tidak yakin langsung mahu keluar rumah. Jerawat tumbuh paling teruk apabila saya makan udang dan sotong dengan kerap. Sebab kulit saya jenis alergik dengan makanan laut tetapi itulah degil juga hendak makan, padan muka saya, ujarnya dalam nada geram. Darah kotor Tambah wanita yang berasal dari Temerloh, Pahang itu, dia perlu melakukan rawatan bekam pada wajah kerana tidak mahu berhabis wang membeli pencu...

Servis Bekam Kuala Krai

- SERVIS BEKAM KUALA KRAI 15 Cup + FREE 2 Cup = RM 50 -  014-8002900 / 014-8002900 / 014-800900 Bekam Sunnah Rawat & Cegah Pelbagai Penyakit Kronik Dengan IzinNYA. . "..Sebaik-Baik Perubatan Adalah BERBEKAM.." . TERAPI BEKAM : Pembersihan darah atau angin dengan cara mengeluarkan sisa darah bertoksik atau angin dalam badan. Ianya dilakukan secara sedutan dikulit dengan pelbagai alat seperti tanduk kerbau, gading gajah, batang buluh, gelas & alat vakum bekam.   KELEBIHAN BEKAM SUNNAH   Buang darah kotor bertoksid dalam badan yang menjadi punca pelbagai penyakit kronik.   Perbaiki saluran & aliran pembuluh darah.   Atasi masalah tekanan darah & kolestrol dalam darah.   Buang angin dalam badan.   Melancarkan sistem pernafasan & perkumuhan.   Pulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang & urat sendi di kaki.   Cegah kebas bahagian badan ...